BAB2 [TUTORIAL] [MTK Device] Cara buat Backup/Readback dan Custom Recovery

View previous topic View next topic Go down

BAB2 [TUTORIAL] [MTK Device] Cara buat Backup/Readback dan Custom Recovery

Post by Shaf82 on Thu Oct 15, 2015 7:50 pm

Code:
#include <std_disclaimer.h>
/*
 * Ambil perhatian!!!!!
 *
 * Warranty Devices ANDA dengan sendirinya BOLEH terbatal.
 *
 * Saya tidak akan bertanggungjawap jika terjadi apa-apa pada Devices Anda seperti bricked,
 * kerosakkan SD cards, kehilangan data penting, atau pun putus cinta.
 * Tolong buat research dan fahami betul apa yang tertulis dalam Topic ini sebelum melakukan apa-apa.
 * Dengan melakukan pekara dibawah, maka anda mengakui bahawa apa-apa yang terjadi adalar tanggungjawap anda sendiri.
 *
 * Scroll kebawah menunjukkan anda setuju dengan AGREEMENT di atas.
 */


Assalamualaikum semua, hari itu saya sudah buat tentang "[You must be registered and logged in to see this link.]". Jadi ini kali pula saya akan buat tutorial tentang macam mana mahu buat "Back Up/Read Back" untuk Telefon yang mengunakan Chip MediaTek (MTK) sekaligus kita buat "Custom Recovery". Jadi kira 2 dalam 1 lah tutorial ney.

Bak kata peribahasa Melayu "Sediakan payung sebelum hujan" kerana dengan membuat "Back Up" ini dapat membantu kita di suatu hari nanti. Terutama apabila telefon mengalami "Bootloop/Stuck on Logo" yang kadang kala dengan Flash balik sahaja dapat membantu. Jadi tanpa menlengahkan masa saya akan mulakan tutorial ini.


Pertama sekali, benda yang kita perlukan:

  • Smart Phone Flash Tool<-Click untuk Download
  • MTK Droid Tool<-Click untuk Download
  • Micro usb cable
  • Laptop/Pc Destop
  • Internet Connection (Bagi memudahkan kerja)



1. Aktifkan "USB Debugging Mode"
Benda pertama sekali kita buat ialah aktifkan "USB Debugging Mode" di telefon dan pasangkan "ADB Driver" di komputer/Laptop. Bagi yang sudah tahu caranya boleh langkau ke step seterusnya. Bagi yang tidak tahu caranya sila buka "Spoiler" yang ada di bawah.
Tekan untuk Buka:

1. Cara aktifkan USB Debugging Mode ada link dibawah.
[You must be registered and logged in to see this link.]

2. Cara pasang ADB driver di komputer/laptop.
Aktifkan "USB Debugging" lepas itu sambung telefon ke komputer/laptop. Dalam berapa saat Windows akan Auto detect dan Install ADB driver, tunggu sampai selesai. Lebih kurang macam dalam gambar dibawah dan pastikan ada "Internet Connection".
[You must be registered and logged in to see this image.]

Ataupun guna "Android Adb Driver Installer", cara guna ada link dibawah.
[You must be registered and logged in to see this link.]
Adb Driver Installer (Universal)<-Click untuk Download

P/S: Jangan risau simple English jah tue, lagi pun ada gambar sekali. Tiada masa kalau semua aku pergi translate dan bagi tolong jelaskan.


2. Buat Scatter.txt fail
Tekan untuk Buka:

1. Buka MTK Droid Tools sebagai "Run as administrator" yang sudah kena donwload tadi.(Kecuali Windows XP, Buka macam biasa.)
[You must be registered and logged in to see this image.]

2. Tunggu MTK Droid Tools memuatkan info telefon.

3. Selepas siap, sila tekan "Blocks Map".
[You must be registered and logged in to see this image.]

4. Window baru akan keluar, tekan "Create Scatter File".
[You must be registered and logged in to see this image.]

5. Akhir sekali "save" Scatter fail tempat yang selamat. Kerana nanti ia akan digunakan untuk membantu SP Flash Tool baca blok-blok memory telefon.
[You must be registered and logged in to see this image.]



3. Cara "Read Back" mengunakan SP Flash Tool.
TEKAN UNTUK BUKA:

1. Sekarang buka SP Flash Tool yang telah di download tadi. Dan pergi ke tab "Download" dan muatkan "Scatter File" yang telah di buat tadi.
[You must be registered and logged in to see this image.]

2. Pergi ke tab "Readback" dan tekan "Add". Selepas itu "Double click" pada "N/A" yang baru muncul tadi. Akan keluar satu window untuk save file yang bakal kita "Read back". Namakan fail tersebut ikut kehendak anda.
[You must be registered and logged in to see this image.]

3. Buka Scatter fail yang di buat tadi mengunakan "Notepad Program". (Saya mengunakan Notepad+++, Link Download Notepad+++)
Biasanya saya buat backup sampai "Android/System" jadi saya akan copy "Address Userdata atau Cache". Sila lihat gambar bawah unutuk penjelesan selanjut nya.
[You must be registered and logged in to see this image.]
P/S: Userdata dan Cache kalau tidak di backup pun tidak apa, sebab bukan fail yang penting.

[You must be registered and logged in to see this image.]
P/S: Bagi telefon yang bersystemkan "yaffs/NAND", di "Read Method" pilih "Read Page With ECC".

4. Tekan "Read Back"
[You must be registered and logged in to see this image.]



4. Cara memprocess ROM_ fail
TEKAN UNTUK BUKA:

1. Hidupkan semula telefon, dan sambung ke komputer/laptop dalam "USB Debugging Mode". Buka MTK Droid Tools, tekan tab "root, backup, recovery" dan tekan "To process file ROM_ from Flash Tool".
[You must be registered and logged in to see this image.]

2. Satu Windows baru akan keluar, cari fail ROM_ yang baru dibuat hasil dari "Read Back" tadi dan pilih fail tersebut lalu tekan "Open".
[You must be registered and logged in to see this image.]

3. Process akan bermula, ia akan mengambil masa dalam 10-20 minit bergantung pasa saiz ROM.
[You must be registered and logged in to see this image.]

4. Satu window pop-up akan keluar tentang "CWM Recovery". Tekan "Yes" supaya MTK Droid Tool buat satu custom recovery untuk Telefon anda.
[You must be registered and logged in to see this image.]

5. Setelah process selesai. Sila lihat Process log, pastikan tiada ERROR. Kalau tiada ERROR bermakna semuanya terprocess. Fail yang sudah diprocess tadi di simpan di dalam folder "backups".
[You must be registered and logged in to see this image.]

6. Selepas diprocess, ia boleh di guna untuk Flash balik ke telefon.
[You must be registered and logged in to see this image.]

7. Simpan Fail tempat yang selamat, paling bagus "Compress ke ZIP/RAR".



Bonus: Cara flash Custom Recovery dan Root
TEKAN UNTUK BUKA:

Flash Custom Recovery
1. Buka SP Flash Tools, di "Download" tab tekan "Scatter-loading" dan pilih Scatter fail di dalam folder yang sudah di process tadi.
2. Pastikan "Untick" semua kecuali "BOOTIMG" dan "RECOVERY".
3. "Double Click" pada "BOOTIMG" atau "RECOVERY" untuk pilih fail yang sudah di patch yang ada dalam folder sama dengan Scatter fail tadi.
4. Dalam mode "Download Only" tekan "Download'.
5.Telefon dalam keadaan "OFF" sambung ke komputer/laptop memalui USB.
6. Tunggu porcess sehingga selesai.
[You must be registered and logged in to see this image.]

Root Melalui Custom Recovery
1. Reboot telefon ke recovery, boleh tekan "Reboot" dan pilih "recovery"
2. Dalam keadaan "recovery" tekan "SuperUser" untuk Root.
[You must be registered and logged in to see this image.]



PASTIKAN JANGAN PERNAH FLASH "PRELOADER" DAN "DSP_BL" WALAUPUN IA ASALNYA DARI TELEFON ANDA SENDIRI. KERANA SETENGAH TELEFON SELEPAS FLASH "PRELOADER" ATAU "DSP_BL" AKAN BRICK!!!

_________________
[You must be registered and logged in to see this image.]
CLICK HERE TO JOIN instaGC!!!
avatar
Shaf82
Admin
Admin

Posts : 4
Join date : 2015-07-11
Location : Beluran, SABAH

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum