apa itu root, bagaimana mendapatkannya, dan bagaimana membuatkan ia berfungsi

View previous topic View next topic Go down

apa itu root, bagaimana mendapatkannya, dan bagaimana membuatkan ia berfungsi

Post by ajakimbak brarest on Sun Jul 12, 2015 11:35 pm

bagaimana aplikasi utk root untuk android berfungsi

penerangan secara teknikal apa yang berlaku semasa root android by ajakimbak brarest.

Apakah yg berlaku sebenarnya semasa butang start/root d tekan???...


1. Matlamat
Mari kita ketahui apa itu sebenarnya pengertian root. Lupakan sementara flashing, superuser/kinguser. Root adalah kebeneran memasuki system dalam persekitaran linux. Apabila kita memperolehi akses ke dalam system maka kita boleh mengubah semua yg ada di dalam system. Mengambil alih system dengan kawalan pengguna seperti menggunakan aplikasi yg menggunakan system teras(root), boleh menggubah permission, mount, unmounts dan sebagainya. Stock OEM yang dibangunkan oleh penggilang tidak membenarkan kita untuk execute arbitrary code sebagai root. Keupayaan kita terhad kerana system d set hidden dan d kawal oleh android secure. Penggilang menghadkan keupayaan kita dan hanya membenarkan apa yang mereka rasa perlu untuk menjaga firmware mereka.

2. ADB
Android debug bridge membenarkan kita berhubung melalui pc, mac dan linux computer menggunakan arahan shell. Persoalan sebenar bagaimana untuk melaksanakan arahan shell. ia berkait rapat dengan system property yg di namakan ro.secure. anda boleh melihat value property dgn menaip getprop ro.secure di terminal emulator. Jika nilainya 0 maknanya anda adalah root user. Dan andainya 1 anda tidak dibenarkan. Bolehkah kita memadam ro.secure??? jawapannya adalah tidak, kerana ia telah di setkan semasa sytem di hidupkan dan di kawal oleh default.prop fail dlm root directory yg tidak langsung dapat di akses kerana permission nya 0. Tidak boleh di baca/read ditulis/write dilaksanakan/execute. Perkara pertama yang harus di pintas adalah android secure.

3. Android UI.
Dalam system android semua aplikasi yang yg memerlukan untuk berinteraksi dengan system di simpan di dalam sandboxes seperti setting. Secara logiknya aplikasi yg tidak di benarkan memasuki system tidak boleh beroperasi tanpa kebenaran aplikasi yg mempunyai kebenaran. Dan itulah yg di lakukan oleh superuser by chainfire. Merekod dan meluluskan aplikasi yang memerlukan akses system. Hanya aplikasi yg ada kebenaran utk memasuki system boleh memberi kebenaran kepada aplikasi lain untuk memasuki sistem dan di gelar setupuid. Kita tidak boleh menginstall superuser seperti biasa kerana kita perlu push suid binary set masuk kedalam system untuk mendapatkan akses yang kekal. Persoalannya bagaimanakah kita mahu memasukkan ia kedalam system yang di kawal ketat oleh ro.secure

4. Bagaimana memecahkan pertahanan system.
Kita kena cari kelemahan system atau loophool. Andai peranti yang unlock bootloader seperti Samsung adalah kelebihan kepada kita kerana semua arahan awal adalah bermula dr bootloader. Wlupun bootloader look kita masih boleh mencari titik kelemahannya. Andai bootloader unlock ia membenarkan kita untuk menggunakan flashing arbitrary rom. Konsep inilah yg di gunakan untuk root kebanyakan Samsung melalui stock recovery atau odin. Apa yang perlu kita buat hanya off kan telefon masuk recovery atau bootloader, flash dan hidupkan kembali. Adakah anda percara atau tidak, tidak semua penggilang set kan ro.secure kpd 1. Apabila ini berlaku proses root akan jadi mudah kerana tidak perlu memintas ro.secure dan hanya perlu push binary file ke dalam system dan install superuser. Dan itulah yang sebenarnya yang di lakukan oleh one click root seperti framaroot. Persoalannya apabila ianya lockbootloader dan ro.secure disetkan 1???...apakah jalan penyelesaian nya???... kita sedia maklum banyak aplikasi2 penting yang yang mempunyai akses dan ada kawalan terhadap system. Mungkin kita boleh pergunakannya taip "ps" di terminal atau adb kita akan mengetahuinya dan akan memberikan kita gambaran bagaimana proses init berlaku dan dari mana kita boleh mengaksesnya.

5. Apabila kita memperolehi akses root para penggilang tidak akan membenarkan kita melalui update ota dan warranty kita akan terbatal dengan sendirinya.

ajakimbak brarest
Admin
Admin

Posts : 11
Join date : 2015-07-11

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum